Followers

Monday 28 November 2011

Projek Buat Cheese Tart

projek membakor tart shell.. puas hati bile dapat bakor banyak2 serentak..

3 flava utk filling.. blueberry, rasberry and kiwis..

proses paipkan filling dalam tart shell



tart shell yg dah siap di isi filling..

proses paip cheese..


50 pc cheese tart yg dah siap utk dilorek pula..

amik sket je dari bancuhan cheese td, pastu buh la pewarna
*ikut suke korang nak gune kaler ape..*

gunakan hujung plastik utk titikkan pewarna atas cheese..


camni lah rupenya.. bila dah di titik2.. 


gunakan hujung toothpick utk proses melorek..tarik perlahan2 supaya cheese
 tidak pecah..

taraaaaaa!!

50pc cheese tart yg dah ready utk dibakar..


ni stok utk aku sdiri sbb ada lebihan cheese.. aku lorekkan bentuk bunga..

ready utk dilorek..

see hasilnya lepas dilorek..

ready utk berlepas masuk oven..

dalam oven..

otw to finish..

see..cheese tart gebu aku..i loike..


hasilnya selepas keluar oven.. n ready utk dimakan..but better buh dlm
esbox dulu..rasanya lebih sedap makan sejuk2..*klo aku la*

Resepi Cheese Tart Versi Kak Kiwi

Bahan-bahan (Tat Shell) :

  • 500gm Tepung Gandum
  • 250gm Butter/Marjerin
  • 120gm Icing Sugar
  • 2 bijik Kuning telur
  • 2 sudu esen vanila
  • 2 sudu air biasa


Bahan-bahan (cheese):

  • 250gm Cream Cheese(biarkan lembut tp jgn smpi cecah suhu bilik)
  • 120gm Butter/Marjerin(biarkan lembut)
  • 80gm Castor Sugar
  • 2 bijik Telur
  • Filling (asst).


Cara-cara:

1. Tart Shell :
-satukan tepung dan gula icing hingga sebati
-masukkan butter dan mix hingga jadi serbuk2 kasar..
-masukkan esen vanila , kuning telur dan air, kemudian gaul shingga menjadi doh yg lembut
-biarkan doh dalam 10-15minit, kemudian bolehlah di masukkan dalam acuan tart dan bakar dalam oven dgn suhu 160-180' c selama 10-15minit.

2. Cheese
- satukan cream cheese, butter dan gula castor
- mix sehingga sebati
- kemudian masukkan pula 2 bijik telur dan mix hingga sebati

Proses Seterusnya,
- paipkan filling(flava pilihan) ke dalam tart shell..
- paipkan cheese ke dalam tart sheel yg dah dimasukkan filling,
- lorekkan pewarna atas permukaan cheese mengikut kreativiti sdiri..
- bakar dalam oven selama 5-10 minit dengan suhu 160'c
- setelah cheese masak(bila sentuh cheese tu,ia  tak melekat kat jari) keluarkan dari oven, masukkan dalam  bekas dan buh dalam peti ais.
- boleh la di makan ikut suka bila korang nak makan.. :)

Selamat Mencuba :)

6 comments:

Hannah Johary said...

Best nya!

Selama ini makan je pandai. Cara buat tak tahu. Sekarang dah tahu. But still prefer makan. Kehkehkeh.


Like! All the best dalam business ni, Jue. Semoga terus maju. Amin! :)

Unknown said...

Hehehe..

jue dulu pun macam HJ juga..
pandai makan jer.
asal nak makan order..
tp bile dah kerap sgt rase nak makan..
n tak lalu dh nak order2..
terus amik inisiatif buat sdiri..
x sangka lak dpt smbutan.. hehehe..
neway, thanx for the wish ya HJ.. really appreciate it.. :)

MaR said...

jue....nak wat kulit camne...acuan tart tu bli mane?cantik je bentuknye...heheh...

Unknown said...

Mar:
Acuan tart tu pu ade jual kat Yummies.. cakap je nak acuan tart.. nak buatnye senang jer.. buat bebola doh.. then tekan2 masuk acuan.. pastu buang lah lebihan tepi2 acuan tu..jgn tekan smpi nipis sgt.. nnt shell jadik rapuh.. :)

Luv like this.... said...

gebunya tart akak kiwi...tang lorekan tu sungguh ketif lorr

sharEna said...

tetibe aku teringin lak jue. nk tart jenis beso tuh. puas hati makan. hahaha =p