Followers

Thursday 29 December 2011

Being A SuperMak Today..

Menyiapkan semua ini dalam masa 3 1/2 jam .
Abes je keje.. berdesup balik rumah utk menyiapkan tempahan
kerana pada jam 10.30pm ada temujanji a.k.a detim dgn suami nk tgk wayang pula.
Tepat jam 9.30pm semuanya telah siap .. Alhamdulillah
*mujur ade oven besar, bleyh bakar pavlova serentak.. :)

Thanx kepada Elly, Mummy Aqil, Wen dan Pn Azrin kerana sudi menempah 
semua ini dgn Kak KiWi.. 
Next time jgn segan2 order lagi ya.. :)

Apam Polkadot-100pcs, Apam  Fancy-50pcs,Pavlova 8'-1pc, Pavlova 10'- 1pc .. 

Wednesday 28 December 2011

Pavlova & Apam Fancy

Pavlova  - Pn. Azura's order

Apam Fancy - Kak Iza's Order

Tuesday 27 December 2011

Kek Karamel - Niena's Order

Before and after.. Rainbow Caramel Cake.. RM35 sebijik.. 

after cut to slices

Tuesday 20 December 2011

Marble Cheese Brownies(Blueberry, Strawberry,Chocolate,Kiwi)

This one was Dayah's order.. 1/2kg ..

Monday 19 December 2011

Apam Polkadot/ Fancy Design..Open For Order




Harga apam polkadot:
50 bj- rm18 w/o filling & rm20 with filling
100 bj -rm25 w/o filling & rm30 with filling


Harga untuk apam corak2 lain-lain(Angry bird/Ladybug/fancy) :
50 bj- rm20 w/o filling & rm25 with filling
100 bj -rm30 w/o filling & rm35 with filling

*harga adalah TIDAK termasuk penghantaran*

Caj Penghantaran
- Putrajaya, Bangi , Serdang, ( tiada caj penghantaran)
- >10km- caj RM5 - RM10 (mengikut tempat-Sekitar Lembah Kelang)


lebih dari 500bj harga boleh dirunding...
filling- coklat, kaya, peanut, jem strawbery, blackberry & nenas

Sunday 18 December 2011

Tart Shell For Sell

Khas buat yang nak sgt buat cistat, tapi malas nak buat shell.. bleyh la order dgn saya yer. It's open for order now.. Sila sms/bbm/email kan nama, alamat/contact no.(sekitar lembah kelang shj) dan kuantiti yang diperlukan ke nombor/email yg telah sy tepek di bawah blog ini. Okeh.




Harga Tart Shell

S Size (With Cheese-RM0.80/pcs)
 - 0 - 30pcs/RM10(RM0.30/pc)
 - 31 - 50pcs/RM14(RM0.28/pc)
 - 51 - 100pcs/RM25(RM0.25pc)

M Size (With Cheese-RM1.00/pc) 
 - 0 - 30pcs/RM14(RM0.45/pc) 
 - 31 - 50pcs/RM20(RM0.40/pc)
 - 51 - 100pcs/RM38(RM0.38/pc)

L Size (With Cheese-RM2.50/pc) 
 - 0 - 30pcs/RM21(RM0.70/pc)
 - 31 - 50pcs/RM32(RM0.65/pc)
 - 51 - 100pcs/RM60(RM0.60/pc)


Tp kalo ada yang nak order Cheese Tart dari kak KiWi pon boley jugak.. ni harganya..

Ini adalah L size 
yang ini S Size

Cheese Tart
(Filling : Blueberry, Kiwi, Strawberry,Chocolate)
S Size (RM0.54/pc) - rm27(50pcs) / RM17(30pcs-minimum order)
M Size (RM0.80/pc) - rm20( 25pcs)
L Size (RM2.00/pc) - rm24(12pcs)

Saturday 17 December 2011

Rasberry Marble Cheese Brownies (with Recipe)





Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.

5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.

6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.

7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga gebu.

2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Thursday 15 December 2011

Cheese Tart Kak Kiwi..

S size


L size.

Friday 2 December 2011

Cubaan membuat Kek Karamel Resipi Azlita Aziz







hasil setelah dipotong slices. tekstur kek yg lebih lembut halus mulus..taste good. :)

Order From Dina





** 2 bijik pavlova and 16ketul cupcakes yg tak bape nak menjadi..

Monday 28 November 2011

Projek Buat Cheese Tart

projek membakor tart shell.. puas hati bile dapat bakor banyak2 serentak..

3 flava utk filling.. blueberry, rasberry and kiwis..

proses paipkan filling dalam tart shell



tart shell yg dah siap di isi filling..

proses paip cheese..


50 pc cheese tart yg dah siap utk dilorek pula..

amik sket je dari bancuhan cheese td, pastu buh la pewarna
*ikut suke korang nak gune kaler ape..*

gunakan hujung plastik utk titikkan pewarna atas cheese..


camni lah rupenya.. bila dah di titik2.. 


gunakan hujung toothpick utk proses melorek..tarik perlahan2 supaya cheese
 tidak pecah..

taraaaaaa!!

50pc cheese tart yg dah ready utk dibakar..


ni stok utk aku sdiri sbb ada lebihan cheese.. aku lorekkan bentuk bunga..

ready utk dilorek..

see hasilnya lepas dilorek..

ready utk berlepas masuk oven..

dalam oven..

otw to finish..

see..cheese tart gebu aku..i loike..


hasilnya selepas keluar oven.. n ready utk dimakan..but better buh dlm
esbox dulu..rasanya lebih sedap makan sejuk2..*klo aku la*

Resepi Cheese Tart Versi Kak Kiwi

Bahan-bahan (Tat Shell) :

  • 500gm Tepung Gandum
  • 250gm Butter/Marjerin
  • 120gm Icing Sugar
  • 2 bijik Kuning telur
  • 2 sudu esen vanila
  • 2 sudu air biasa


Bahan-bahan (cheese):

  • 250gm Cream Cheese(biarkan lembut tp jgn smpi cecah suhu bilik)
  • 120gm Butter/Marjerin(biarkan lembut)
  • 80gm Castor Sugar
  • 2 bijik Telur
  • Filling (asst).


Cara-cara:

1. Tart Shell :
-satukan tepung dan gula icing hingga sebati
-masukkan butter dan mix hingga jadi serbuk2 kasar..
-masukkan esen vanila , kuning telur dan air, kemudian gaul shingga menjadi doh yg lembut
-biarkan doh dalam 10-15minit, kemudian bolehlah di masukkan dalam acuan tart dan bakar dalam oven dgn suhu 160-180' c selama 10-15minit.

2. Cheese
- satukan cream cheese, butter dan gula castor
- mix sehingga sebati
- kemudian masukkan pula 2 bijik telur dan mix hingga sebati

Proses Seterusnya,
- paipkan filling(flava pilihan) ke dalam tart shell..
- paipkan cheese ke dalam tart sheel yg dah dimasukkan filling,
- lorekkan pewarna atas permukaan cheese mengikut kreativiti sdiri..
- bakar dalam oven selama 5-10 minit dengan suhu 160'c
- setelah cheese masak(bila sentuh cheese tu,ia  tak melekat kat jari) keluarkan dari oven, masukkan dalam  bekas dan buh dalam peti ais.
- boleh la di makan ikut suka bila korang nak makan.. :)

Selamat Mencuba :)