![]() |
projek membakor tart shell.. puas hati bile dapat bakor banyak2 serentak.. |
![]() |
3 flava utk filling.. blueberry, rasberry and kiwis.. |
![]() |
proses paipkan filling dalam tart shell |
![]() |
tart shell yg dah siap di isi filling.. |
![]() |
proses paip cheese.. |
![]() |
50 pc cheese tart yg dah siap utk dilorek pula.. |
![]() |
amik sket je dari bancuhan cheese td, pastu buh la pewarna *ikut suke korang nak gune kaler ape..* |
![]() |
gunakan hujung plastik utk titikkan pewarna atas cheese.. |
![]() |
camni lah rupenya.. bila dah di titik2.. |
![]() |
gunakan hujung toothpick utk proses melorek..tarik perlahan2 supaya cheese tidak pecah.. |
![]() |
taraaaaaa!! |
![]() |
50pc cheese tart yg dah ready utk dibakar.. |
![]() |
ni stok utk aku sdiri sbb ada lebihan cheese.. aku lorekkan bentuk bunga.. |
![]() |
ready utk dilorek.. |
![]() |
see hasilnya lepas dilorek.. |
![]() |
ready utk berlepas masuk oven.. |
![]() |
dalam oven.. |
![]() |
otw to finish.. |
![]() |
see..cheese tart gebu aku..i loike.. |
![]() |
hasilnya selepas keluar oven.. n ready utk dimakan..but better buh dlm esbox dulu..rasanya lebih sedap makan sejuk2..*klo aku la* |
Bahan-bahan (Tat Shell) :
- 500gm Tepung Gandum
- 250gm Butter/Marjerin
- 120gm Icing Sugar
- 2 bijik Kuning telur
- 2 sudu esen vanila
- 2 sudu air biasa
Bahan-bahan (cheese):
- 250gm Cream Cheese(biarkan lembut tp jgn smpi cecah suhu bilik)
- 120gm Butter/Marjerin(biarkan lembut)
- 80gm Castor Sugar
- 2 bijik Telur
- Filling (asst).
Cara-cara:
1. Tart Shell :
-satukan tepung dan gula icing hingga sebati
-masukkan butter dan mix hingga jadi serbuk2 kasar..
-masukkan esen vanila , kuning telur dan air, kemudian gaul shingga menjadi doh yg lembut
-biarkan doh dalam 10-15minit, kemudian bolehlah di masukkan dalam acuan tart dan bakar dalam oven dgn suhu 160-180' c selama 10-15minit.
2. Cheese
- satukan cream cheese, butter dan gula castor
- mix sehingga sebati
- kemudian masukkan pula 2 bijik telur dan mix hingga sebati
Proses Seterusnya,
- paipkan filling(flava pilihan) ke dalam tart shell..
- paipkan cheese ke dalam tart sheel yg dah dimasukkan filling,
- lorekkan pewarna atas permukaan cheese mengikut kreativiti sdiri..
- bakar dalam oven selama 5-10 minit dengan suhu 160'c
- setelah cheese masak(bila sentuh cheese tu,ia tak melekat kat jari) keluarkan dari oven, masukkan dalam bekas dan buh dalam peti ais.
- boleh la di makan ikut suka bila korang nak makan.. :)
Selamat Mencuba :)